Photobucket

Live from makkah al-mukarramah.

Archive for Nov 3, 2010

Saya jatuh cinta !

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualikum.


Perasan tak..apabila kita sudah masuk zaman remaja ni, masing-masing sibukkan tentang....


........cinta, jodoh, dan perkahwinan............... betul tak?
hihi..betul kan..maybe ada la dikalagan kita yang menidakkan dan kata...

mana ada!
aku tak bercinta pun..!
suka-suka hati je kau cakap macam tu...
study la yang penting time ni...

kiranya.....dia ni lebih kepada study...
compared yang menyibukkan diri dengan cintan cintun zaman remaja ni...
baguslah tu..! bagus..!! (^_^)
keep it up..!

bukan apa, based on my observation so far...
what can i conclude is....most people keep repeating discussing regarding this matter...
cinta, jodoh dan perkahwinan.....
kat mana-mana la...
chatting, cakap-cakap biasa and also post-post kat blog..lebih-lebih lagi di laman facebook, myspace, friendster and so on...
hihihi (^_^)

so... kali ni....
aifa ingat...aifa nak share pendapat aifa...
pendapat aifa regarding this matter...
hmm..tak salah kan kalau kita sama-sama kongsi pendapat... (^_^)

sharing is caring... (^_^) wee~~




boleh ke kita ni ber-couple ?

in my opinion...
the answer is simple.....

No.


period..
tak ada istilah couple2 ni...
even couple2 islamic ke....
cinta ana wa enti or I and U...
tak ada~~

full stop.

kenapa?
erm...for me..
aifa yakin dengan janji2 Allah...



pertama...
lelaki yang baik tu untuk perempuan yang baik...
perempuan yang baik pula itu untuk lelaki yang baik..

lelaki yg jahat itu untuk perempuan yang jahat....
dan perempuan yang jahat itu untuk lelaki yg jahat... (sama la dengan kurang akhlaknya)

kiranya...
pasangan kita adalah insan yg sama level tahap 'kebaikannya' dengan kita...
kalua kita jahat, jahatlah pasagan kita..
kalau kita baik, insyaAllah baiklah pasangan kita tu..

kedua....
setiap orang dan setiap benda yg ada kat dunia ini, ada pasang-pasangannya...
memag da sah2 ada pasagannya yang da termaktub di luh mahfuz even kita belum lahir lagi....

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.
(surah yasin: ayat 36)"



ketiga...
instead of bercouple, islam dah menganjurkan agar kita bertunang...
Dalam ajaran islam, masa untuk kita berkenal-kenalan dengan bakal pasangan kita adalah ketika tempoh pertunangan..
apa-apa pun, depends la pada diri kita sendiri...
check balik diri kita dan hati kita...
renung-renungkan...
.............sejauh mana kita yakin dgn janji Allah ini..............
surah an-nur ayat 26...

"wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik (pula)"
kalau kita yakin dengan janji Allah ini...
dan kalau kita teringin nak dapatkn suami atau isteri yang soleh dan solehah...
kita perlulah pertama-pertamanya menjaga diri kita dahulu...
pernah aifa post mengenai "cinta bermula dengan "akidah"" http://aifaadnan.blogspot.com/2010/10/cinta-bermula-dari-akidah-iaitu-iman.html


tak perlulah ber-couple...
sebab kita yakin bahawa Allah pasti akan kurniakan insan buat kita yg sesuai dgn kita suatu hari nanti...
yang melengkapi dan yang lebih kurang sama peribadinya dengan diri kita...
insyaAllah.....

tak percaya?
tengokla parents anda...
samakan ciri-ciri yang ada pada mereka berdua??
peribadi mahupun perangai...
bukan semua la...
tapi, ada.. (^_^)

so..
aifa yakin...
kalau kita berusaha membaiki diri kita masa ni,
insyaAllah, mana la tahu, 
at the same time, pasangan kita juga sedang berusaha membaiki dirinya untuk jadi insan yg lebih baik.....
mana la tau kan.. (^_^)

dan, pasal ber-couple...
apa yg aifa perasan selama mana aifa hidup ni...
aifa tengok, most people yang pernah bercouple before berkahwin,
biasenya, dia pasti akan kahwin dengan orang yg pernah bercouple juga before this...

dan, perasan tak..
biasanya,
kalau orang tu tak pernah bercouple before this,
biasanya, dia akan kahwin dengan orang yang tak pernah bercouple jugak before this..

betulkan??

so, in my opinion...
kalau kita nak jadi first love untuk suami kita..
dan kalau kita nak give first love kepada suami kita...
berusahalah kita jaga hati kita dan diri kita from coupling....
kalau dah terlanjur sekarang, berubahlah.....berusaha untuk menjadi seorang muslim/muslimah yang soleh/solehah. Ada masa lagi...Allah kan Maha pengampun dan Maha penyayang :)


for me...
biarlah pasangan kita orang yang pertama mendapat cinta pertama kita..
macamtu la apa yang aifa rasa..


anyway...
teringat kembali conversation between aifa dengan kawan aifa pada suatu hari....

"kan perasaan nak menyayangi dan mencintai tu fitrah manusia.. so, kenapa kita perlu menidakkannya?? kenapa kiter kene tolak perasaan tersebut??? kenapa tak leh couple??"

tersenyum je aifa time tu...
kalau anda jadi aifa, apa anda nak jawab?

hurm...
ni apa yg aifa rasalah...
memag la kita ada fitrah untuk menyayangi dan untuk disayangi..
tipulah kalau aifa kata aifa tak rasa cam tu jugak...
it's fitrah...kan?

tapi...
for me..
fitrah tu biarlah disalurkan pada tempat yg sepatutnya...
pada ibu bapa kita, kawan-kawan sejantina dengan kita.


bukan untuk boyfriend..
bukan untuk girlfriend...
bukan untuk orang yang belum pasti menjadi milik kita suatu hari nanti....

cuba bayagkan...
kita ber-couple ni...
boyfriend kita selalu je terbayang-bayangkn diri kita...
selalu terindu-rindukan diri kita...
mesti best ek?
dia sayangkan kita maa...


Semuanya dipandang indah belaka,
sehingga ada yang terlalu takut untuk berbuat sesuatu
atau dalam kata lain seolah dikongkong.
Hingga apa yang diperlakukan seharian perlu di report.
Kelakar bukan.
Sangat prihatin. Bagus.
Oh. Saya terlupa. Itu mungkin sesetengah saja.

Ada juga yang merasakan dirinya
begitu diberi perhatian
malah ada tempat yang sesuai untuk mengadu.
Wah! Kerana dirimu begitu berharga!
Ya.mungkin. Tepat sekali. Pada pandangan mata kita.

Tak kurang juga ada yang melarikan niat,
kononnya untuk sama - sama berjaya dlm pelajaran,
tak perasankah syaitan ada di sekiling kita?



di sini lah bermulanya pelbagai zina.........
kami tak buat apa-apa pun....


ok,fine..bagaimana dengan... 
zina tangan?(ketika engkau berpegangan tangan), 
zina kaki?(ketika engkau dalam perjalanan hendak ke tempat pertemuan)
zina mata? (ketika engkau melihat wajah keayuan/ketampanan "pasangan"mu)

kami tak ada pun buat pertemuan...cuma dalam telefon je..
msg-msg, telefon...

tu kan dah kira zina telinga, zina mulut...

ada pula yang memberi alasan, 
kami tak ada pun bermain msg, telefon2...


bagaimana pula dengan zina hati?
zina rindu-rinduan.....bahaya...
Allah sangat murka.

pernah tak anda terfikir...
time dia teringtkan kita tu...



adakah dia ingtkan Allah???


adakah dia teringtkan Allah time dia ingatkan kita?
ingtkah dia?


i'm sure the anwers is NO..

Tak takut terlalaikah?Solat itu tiang agama.Dapat beri fokus yg terbaik ketika solat?!
Tidak mudah teringat-ingat kah?
Benarkah ia suci dari maksiat?
Astaghfirllah.



terfikirkah anda..
dia terlupa dari mengingati Allah kerana mengingatimu....
means,
dia jadi lalai KERANA KAU...
dia terlalai dari mengingati Allah KERANA KAU...
dia terlupa peranan dia lahir kat dunia ni untuk jadi abid dan khalifah KERANA KAU..
dia terleka dgn keasyikan dunia ygan sementara ini KERANA KAU!

astghfirullah..

tak terasa berdosakah anda...
tak terasa berdosakah anda melalaikan seorang insan dari mengingati Allah kerana kenangan-kenangan indah yg kau taburkan bersama-samanya?
tak terasa berdosakah anda melalaikan seorang dari mengingti Allah kerana jenaka-jenaka yang anda kongsi bersama-samanya??
tak terasa berdosakah anda melalaikan seseorang dari mengingati Allah kerana senyuman yang pernah kau hulurkan padanya suatu ketika dahulu??
tak terasa berdosakah anda melalaikan seorang hamba kepada Allah SWT dari mengingati ALLAH??
tak terasa berdosakah anda??


Cinta terpesong

Sedarkah kita,
dalam kita merasai keenakan perhubungan,
Tak sedarkah diri sedang berbuat maksiat?
Beraninya kita menderhakai Allah?
Astaghfirllah.
Diri sedih.
Apa yang sudah kita lakukan? 


Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (Surah Al-Israa'17:32)


Rumah tangga dibina bukan hanya atas cinta,
tetapi juga pada saling mempercayai.
Jika Allah sudah diingkari,
siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletak kepercayaan?
Dosa semalam akan pasti
menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya...

Tak sedarkah 
kita sedang menbantah janji2 Allah!
sedangkan Allah dah tentukan siapa pasangan kita sejak di luz mahfuz lagi.
Tapi itulah, manusia ni 
kadang-kadang hidup bertuhankan nafsu.
berusaha nak menghalalkan apa yang haram.

Islam tak bunuh perasaan cinta itu,
tetapi suruh dikawal agar perasaan itu tidak pesongkan hati kita!Alangkah manisnya jika disalurkan ke tempat yg betul!

Islam tak bunuh perasaan cinta?
Jadi bagaimana?

Jika niat sudah ada dihati,
Laluilah jalan yg betul.
Bertunang seperti yang dianjurkan Islam
dimana kita boleh berkenalan.
sangat berhikmah!
tetapi harus ingat!
batasnya sama saja dengan yang bukan muhrim.


Lantas,
Binalah masjid Allah
agar kita boleh memberi
dan memikirkan soal peranan
bukannya hak yang tidak berkesudahan.


Jika kita sibuk mengejar cinta Allah,
kita tak cukup masa untuk menagih cinta manusia.
Jika kita disibukkan untuk menagih cinta manusia,
sempatkah mengejar cinta Allah?

Fikir -fikirkan.

Tidak bergetarkah jiwa kita?
Hidayah Allah sampai ke hati,
Tapi cukup sedih jika ia disia-siakan.
Benarkah hidayah itu tidak sampai
atau kita yang hiraukan hidayah itu?



Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintailah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.
aamiin ya rabbal alamin..


Pesan Nabi SAW,
"Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya, dan akhlaknya, maka kahwinkanlah. Jika tidak kamu laksanakan, makan akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas"
(Riwayat Tirmizi)


~jangan tergesa - gesa, dan jangan bertangguh~




Leave a comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ya Allah, ampunkanlah bagiku apa yang aku kerjakan, apa yang aku sembunyikan dan apa yang aku nyatakan, apa yang tidak sengajaku lakukan dan apa yang Engkau lebih mengetahui daripadaku. Engkaulah yang terawal dan Engkaulah yang terakhir, tiada Tuhan selain Engkau. Ya Allah, aku pohon lindungan daripada azab api neraka dan azab kubur dan fitnah kehidupan dan kematian dan fitnah al-Masih al-Dajjal. Ya Allah, aku pohon perlindungan daripada dosa, dan hutang. ya Allah, aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar dan tidaklah dapat mengampunkan aku melainkan Engkau, maka ampunilah aku dengan keampunan daripadaMu dan rahmatilah aku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

sahabatku..


persahabatan itu bukan terletak pada pertemuan..
bukan juga pada manis ucapan di bibir tapi pada ingatan seseorang dalam doanya...

tak perlu mencari teman secantik BALQIS..
andai diri tak sehebat SULAIMAN..
mengapa mengharap teman setampan YUSUF..
jika kasih tak setulus ZULAIKHA..
tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM..
andai diri tak sekuat HAJAR..
mengapa didamba teman hidup sempurna MUHAMMAD..
andai diri tak sehebat KHADIJAH..


jika ada kekurangan khabarkan padaku..bimbinglah diriku..terimalah kekuranganku itu sebagai keunikan..
dan berdoalah agar kita menjadi sahabat sehingga ke SYURGA "Kemanisan persahabatan akan terpancar daripada manisnya IMAN .
Bukan kerna aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH.
Saling menegur kearah kebaikan kerana tak mahu berpisah di hari PEMBALASAN"





Thank You Myspace Comments

Powered by Blogger.