Photobucket

Live from makkah al-mukarramah.

Archive for 10/01/2010 - 11/01/2010

Suami mithali impian Isteri

Sedikit perkongsian..coretan..





Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur
kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata
saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara
saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud
menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya..

Leave a comment

Cinta bermula dari Akidah iaitu "Iman"


Ramai yang tercari – cari cinta sejati untuk kekal abadi, saling sayang menyayangi sampai kemati dan tak pernah putus berdoa moga dapat yang soleh / solehah. Tetapi berapa ramai yang berusaha untuk soleh / solehahkan diri itu, untuk menggapai impian memiliki calon soleh / solehah?



Jika kita berusaha menjadi soleh / selohah insyaAllah, pasti akan muncul impian dihati iaitu “Memiliki cinta soleh solehah kekal abadi”. Ingat JADI SOLEH / SOLEHAH bukan cari SOLEH / SOLEHAH. Yakinlah janji Allah melalui firman-Nya: “…dan wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik…”” (An-Nur: 26)



Wanita yang solehah tetap menjadi idaman semua lelaki, khususnya lelaki yang beriman. Malah, lelaki yang jahat sekalipun , tetap inginkan wanita solehah sebagai pasangan hidup. Apa nak dihairankan, bukankah sipengotor pun sukakan kebersihan ?



Kita harus malu kepada Allah dan diri kita sendiri, jika kita inginkan jodoh yang baik sedangkan diri kita tidak baik. Kekadang rasa sedih apabila seorang pemuda yang tunggang langgang, kaki botol, peleseran, berjudi dan lain² perbuatan maksiat tetapi bila nak berumah tangga minta ibu carikan wanita solehah di kampung. Mesti lahir dihati nak bina rumah tangga bahagia dan dengan insan yang boleh membimbing diri kejalan sempurna. Walaupun usaha mencari pasangan yang soleh @ solehah itu dimiliki, tetapi impian dan hasrat tidak akan tercapai kerana diri sendiri tidak berusaha untuk memiliki AKIDAH “iman”.



Iman mestilah dijadikan persoalan teras dan asas dalam sebuah keluarga. Ini sewajarnya menjadi dorongan utama untuk berumah tangga. Tujuan berumah tangga hendaklah difokuskan semata – mata untuk mendapat keredhaan Allah. Oleh kerana itulah Rasulullah SAW berpesan bahawa pilihlah pasangan hidup dibuat atas dasar kepatuhan agama.



Sesiapa yang mematuhi pesanan Rasulullah SAW ini secara automatik telah menjadikan iman “akidah” sebagai dasar rumahtangganya. Dia telah meletakkan kepentingan Allah dan Rasul mengatasi kepentingan diri. Mungkin dia sendiri inginkan calon yang cantik @ kacak dan berharta 
tetapi kerana patuhkan Rasulullah SAW itu dia memilih pasangan yang taat kepada
agama.



Mendirikan rumah tangga sering disamakan dengan mendirikan masjid. Masjid adalah “rumah” Allah, maka begitulah juga rumah tangga yang dibina atas nama Allah, ia umpama sebuah masjid yang didalamnya suami, isteri dan anak² akan menegakkan hukum Allah.



“Nampak tak disini perlunya cinta bermula Akidah ? “



Ok cuba kita renung lagi,
Jika berlaku sesuatu yang kusut dalam rumah tangga, maka dengan mudah ia dapat diungkai kerana suami dan isteri akan merujuk kembali kepangkal penyatuan mereka iaitu ALLAH. Dengan nama Allah mereka bertemu “kahwin”, maka kepada Allah jualah mereka merujuk segala masalah sepanjang berumah tangga.



Jika berlaku ujian kesusahan atau yang tidak diingini, sikap menyalahkan orang lain kurang berlaku kerana masing² melihat kelemahan diri sendiri sebelum menunding jari kepada orang lain sebaliknya berusaha mengatasi mengikut kaedah dan jalan yang diredhai oleh Allah. Sifat² BURUK dapat diatasi keparas paling minimum bukan hanya untuk dapat keredhaan suami @ isteri tapi masing² buat kerana Allah.



Misalnya, isteri mampu mentaai suami walaupun ketaatannya mungkin tidak dihargai tapi isteri berbuat demikian
bukan mengharap balsan suami tetapi semata-mata Allah.



Renungan bagi yang susah hati:
Biar terlajak usia, jangan tersalah pilih… 
Kelak takut terjadi macam “Cinta



Persoalan difikiran Mat Romeo :



Apakah caranya mencari calon tu ? Bolehkah memilih ?
“Untuk dapat isteri solehah, jadilah diri itu seorang calon suami yang soleh.” Boleh memilih, pilih jalan yang terbaik. Hehe! “Cuba cari ciri² seorang suami yang soleh… dan bina semua ciri² itu pada
diri kita. Muhasabah diri soal hati adakah ikhlas kerana Allah bukan semata² untuk memiliki CINTA SOLEHAH tapi ikhlas kerana Allah… Ukur iman dan Takwa “. Cara ini lebih mudah dari kita berusaha mengukur iman dan 
takwa orang lain… .



Adakah jaminan cara ini lebih cepat memiliki insan Solehah ?
Maksud disini bukan bererti CEPAT, tapi mungkin lebih TEPAT kerana cara begini ada banyak kelebihannya…



Kalau macam tu, terpaksalah saya hentikan dari mencari wanita SOLEHAH demi berusaha menjadi lelaki yang soleh , begitu ?



Tak begitu, Cuma lebihkan usaha menjadi lelaki yang soleh, sambil itu teruskan usaha mencari yang Solehah. Tapi berpada²lah dengan piawaan solehah awak tu, jangan terlalu tinggi takut nanti tak tercapai. Cukuplah dengan sederhana… kerana mungkin sebelum kahwin tahap SOLEHAHnya rendah sedikit, tetapi bila diri kita dah diperkuatkan dengan Akidah “Iman” menjadi seorang pemimpin, tahap solehahnya insyaAllah akan meningkat… Apa² pun, mestilah lebih ketat dalam menilai diri sendiri. Jangan ambil mudah soal iman dan takwa. Letakkan piawaan yang tinggi pada diri sendiri dulu.



habis klu tak dapat juga walaupun dah berusaha memperbaiki diri macam mana ?



Bisikkanlah dalam hati "JIKA BELUM TEMUI IMPIAN HATI YANG SEJATI BERMAKNA BELUM CUKUP kuat 
LAGI IMAN, BERUSAHA LAGI memperbaiki diri INSYAALLAH AKAN KAU MILIKI...



Bagaimana mereka yang dah berumah tangga ? Bolehkah guna lagi kaedah ini ?
Apa yang baik, ambilah dan buang yang keruh… Sama² perbaiki diri.. APA YANG
PENTING KERJASAMA ANTARA SUAMI ISTERI semoga tercapai impian bina SINARMAWADDAH “sinar kasih sayang” keluarga bahagia itu. Aminnn…



p/s:
"Jika kamu inginkan kejayaan di DUNIA, hendaklah dengan ILMU,,.. jika 
kamu inginkan kejayaan di AKHIRAT,hendaklah dengan ILMU..dan jika 
inginkan kejayaan pada kedua duanya.. hendaklah juga dengan ILMU." 
- Imam Syafi'e..



iman, syariat dan akhlak...



ilmu akan menegakkan IMAN dan apabila beriman akan mudahlah kita menerima SYARIAT
sebagai jalan peraturan maka dengan sendirinya akan terbina AKHLAK dlm kehidupan...
INSYAALLAH... :)




Wallahu’alam

Leave a comment

rose vs mimosa

Mawar berduri VS pohon semalu


ku melihat pada bunga mawar.. lalu ku petik ia.. namun kemudian ia layu begitu sahaja..mudahnya..benda yang senang diperolehi, akan senang hilangnya.. 
cinta yang senang diperolehi adalah cinta dunia, dan ia tidak akan berkekalan.. ku melihat pada semalu..
"erm..bunga apa ini""kat tapak kaki aje ia" lalu ku mahu petik ia..namun ia menutupi dirinya dan aku tidak bisa melihatnya.. masya Allah..benda yang sukar diperolehi, akan sukar hilangnya.. 
wanita solehah adalah wanita yang merendahkan diri sehingga kita melihatnya tiada satu pun yang indah, dan malu wanita ini sehingga tidak terlihat dirinya sebenar.. 
masya Allah..subhanallah..wallahua'lam.. wallahua'lam..di antara Mawar Berduri dan Pohon Semalu.. ada satu perbezaan dan ia boleh dijadikan satu panduan utk muhasabah diri... sesungguhnya setiap apa yang Allah ciptakan di sekeliling kita, sebenarnya ada panduan yang tersembunyi, dan sebab itulah kita dianugerahkan akal dan hati untuk menilai dan merasai setiap panduan tersebut, dan seterusnya beriman kepada-Nya...amin..(^_^) 
apa perbezaan tu? 




Mawar ~ sebuah pohon bunga indah..keindahannya menarik mata manusia..juga makhluk lain yang dicipta-Nya..begitulah kagum makhluk-Nya pada keindahannya.. mawar punyai batang berduri..sungguh sukar untuk menyentuhnya..tetapi keindahannya lebih menarik hati..maka berlumbalah orang memetik dirinya.. namun benda yang indah..sudah pasti akan mengusik hati sendiri..bahawa aku ini indah..maka keindahan tersebut hanyalah dipandang sepi..











pohon semalu ~ sebuah pohon yang adanya batang dan daun..tiada pun keindahan padanya menarik perhatian..berada di celahan lalang dan daunan..begitu kerdil dirinya sehingga tiada yang perasan.. namun perasankah kita..apabila menyentuhnya..dia akan terus menyembunyikan dirinya..begitu tinggi nilainya..hanya insan yang "terpilih" yang bisa di hatinya.. namun perasankah kita..pohon semalu ada keindahanya..kerana dia juga ada bunganya..namun bunga itu hanya diperolehi oleh insan yang sah untuknya..(^_^)






hayatilah sebaiknya..dunia kini sudah berbeza..wanita yang indah semakin ramai..wanita sebegini memang mahal dirinya..sukar untuk didekati andai tiada cara.. apabila cara mengena diri..maka tunduklah wanita..itulah ia mawar berduri..walaupun berduri, tetapi keindahannya menjadi buruan sehingga dia boleh berada dalam bahaya dan fitnah pada dirinya.. tetapi... wanita solehah..adalah wanita yang sentiasa menjaga dirinya..tidak mempamerkan keindahan dirinya di khalayak ramai..menyimpan keindahan dirinya untuk sang suami yang dirindui.. wanita solehah..akan bersederhana dalam perhiasan dirinya dikalangan awam..sehingga tiada kilauan mata yang tajam memandangnya..maka selamatlah dirinya dari bahaya dan fitnah.. wanita solehah..apabila sudah memiliki suaminya..maka setialah ia kepada suaminya..disinilah dia menunjukkan keindahan sebenarnya.. itulah pohon semalu..
hanya kelihatan daun dan batang berduri..tiada satu pun indah untuk melihatnya..namun apabila tiba masanya..ia bisa mengeluarkan bunga..yang selama ini disembunyikan. subhanallah..wallahua'lam..  



Leave a comment

hati, bersabarlah..


Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba.
Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.
Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.
Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.
Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa.
Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah SWT sedang menduga.
Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya.
Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.
Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya? Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya.
'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '
Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?
Subhanallah. Maha suci Allah!
Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.
Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.
Kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

 Kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
 "... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

 Bagaimana harus ku hadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

 Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Berimankah aku?
 "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)



Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. 
Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. 
Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya. 

Posted in | Leave a comment

untuk pemilik cintaku...



Sekiranya,
Kita cinta pada manusia,
Tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,kita cinta kepada Allah,
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yang
Mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada ALLAH,
Kita akan turut mencintai orang yang
Melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,
Andainya dia adalah jodoh
Yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
Campakkanlah ke dalam hatiku,
Cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
Dan campakkanlah ke dalam hatinya,
Cinta kepadaku adalah kerana-Mu.

Namun,
Andainya dia bukanlah jodoh yang
Telah ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Berikanlah aku kekuatan agar pasrah
Dalam mengharungi ujian,
Yang Kau berikan padaku…


~sajak dari Aminah Qutb buat bakal suami...~

Leave a comment

Dari Lelaki untuk Perempuan..

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.


Segala puji bagi Allah yang Maha Besar dan selawat atas Nabi Muhammad S.A.W.



Ramai orang kata, pengalaman mengajar seseorang erti hidup.
Kadangkala Allah mengajar kita sesuatu melalui pengantaraan orang lain.
Moga2 kita terus dikurniakan hidayah yang tak putus-putus dan hati kita 
mudah untuk menerima dan mengamalkannya insyaAllah..
YA ALLAH, beri kami kekuatan!

Kadangkala,bila kita dah terbiasa melihat maksiat berleluasa,
Kita anggap itu adalah perkara biasa,perkara biasa bagi kita,perkara biasa bagi dia dan mereka, Ya ALLAH, aku sedih,
aku sedih kerana kehadiran perasaan 'biasa' itu bila melihat maksiat di luar kotak mata kita,
Astaghfirllah.


Ya ALLAH,
aku pohon hidayahMu,
moga hidayaMu tak lekang singgah di hatiku,
lantas menguatkan jiwaku
untuk menepis segala godaan-godaan dunia
yang bisa meracun hati dan fikiranku.
Ya ALLAH,
aku pohon, kau hadirkan hidayahMu,
ke dalam hati kawan-kawanku,
ku tahu mereka tahu,
mungkin juga mereka buat-buat tak tahu
bila hidayahMu sampai ke qalbu,
atau mungkin juga mereka kurang tahu,
kau sampaikanlah hidayah itu Ya ALLAH!
kerana ku rasa,
sempat lagi buat kau dan aku,
untuk berubah!


Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya, maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan (Al-Maidah - 5:105)


Nukilan seorang teman bernama lelaki. 




Ku berfikir.. 
Perempuan diakhir zaman ini 
Payah untuk kutemui 
Yang benar-benar sibuk dengan urusan baiki diri 
Yang ada kini hanya 
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia 
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya 

Ku berfikir..  
Perempuan diakhir zaman ini 
Susah untuk kutemui 
Yang benar-benar takut pada Ilahi 
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi 
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani 
Yang melalaikan orang dan diri sendiri 

Ku berfikir..  
Perempuan diakhir zaman ini 
Sukar untuk kutemui 
Ahli profesional yang bertaqwa 
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa 
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana 
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka 
Yang hidupnya lebih berat dari barat 
Ibadah dan amal terasa amat berat 

Ku berfikir..  
Perempuan diakhir zaman ini 
Payah untuk kutemui 
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat 
Yang sanggup bersusah dan penat 
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat 
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah
yang ada Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka 

Ku berfikir..  
Perempuan diakhir zaman ini 
Susah untuk kutemui 
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat Syahid yang sentiasa menjadi matlamat 
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat 
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat Dan melupakan kehidupan akhirat 

Ku berfikir..  
Perempuan diakhir zaman ini 
Sukar untuk kutemui 
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir 
Sentiasa bertafakkur dan berfikir 
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir 

Namun kutetap berfikir..  

pasti masih ada lagi 
Perempuan diakhir zaman ini 
Seperti yang kufikir.. 

“Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah.”



p/s:
sebenarnya,
sumber sebenar bercerita tentang lelaki akhir zaman.
jadi ku ubah kerana ku rasa nukilan di atas ini juga boleh ditujukan buat perempuan,buat perempuan di akhir zaman ini. Buat pedoman untuk aku dan kamu.Mari sama2 koreksi diri,
Bukan setakat teori, juga untuk amali, InsyaAllah.

Posted in | Leave a comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ya Allah, ampunkanlah bagiku apa yang aku kerjakan, apa yang aku sembunyikan dan apa yang aku nyatakan, apa yang tidak sengajaku lakukan dan apa yang Engkau lebih mengetahui daripadaku. Engkaulah yang terawal dan Engkaulah yang terakhir, tiada Tuhan selain Engkau. Ya Allah, aku pohon lindungan daripada azab api neraka dan azab kubur dan fitnah kehidupan dan kematian dan fitnah al-Masih al-Dajjal. Ya Allah, aku pohon perlindungan daripada dosa, dan hutang. ya Allah, aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar dan tidaklah dapat mengampunkan aku melainkan Engkau, maka ampunilah aku dengan keampunan daripadaMu dan rahmatilah aku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

sahabatku..


persahabatan itu bukan terletak pada pertemuan..
bukan juga pada manis ucapan di bibir tapi pada ingatan seseorang dalam doanya...

tak perlu mencari teman secantik BALQIS..
andai diri tak sehebat SULAIMAN..
mengapa mengharap teman setampan YUSUF..
jika kasih tak setulus ZULAIKHA..
tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM..
andai diri tak sekuat HAJAR..
mengapa didamba teman hidup sempurna MUHAMMAD..
andai diri tak sehebat KHADIJAH..


jika ada kekurangan khabarkan padaku..bimbinglah diriku..terimalah kekuranganku itu sebagai keunikan..
dan berdoalah agar kita menjadi sahabat sehingga ke SYURGA "Kemanisan persahabatan akan terpancar daripada manisnya IMAN .
Bukan kerna aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH.
Saling menegur kearah kebaikan kerana tak mahu berpisah di hari PEMBALASAN"





Thank You Myspace Comments

Powered by Blogger.