Photobucket

Live from makkah al-mukarramah.

Wahai Puteriku !


Bicara hati seorang ayah...Puteriku..Benarlah bahawa lelakilah yang memulai langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, lelaki itu tidak akan berani, dan andai kata bukan lantaran lemah gemalaimu, lelaki tidak akan bertambah parah. Wanitalah yang membuka pintu, seolah kau katakan kepada si pencuri itu : silakan masuk, silakan...
Apabila ia telah mencuri, engkau berteriak : Pencuri! Tolong..tolong..! Saya dicuri!
 Demi Allah, dalam khayalan seorang pemuda tak melihat gadis kecuali gadis itu ditelanjangi pakaiannya.
Demi Allah begitulah, jangan engkau mudah percaya apa yang dikatakan lelaki, kebanyakan mereka tidak akan melihat gadis kecuali akhlak dan budi bahasanya. Ia akan berbicara kepadamu sebagai seorang sahabat. Demi Allah ia telah berbohong!
Senyuman yang diberikan pemuda kepadamu, kehalusan budi bahasa dan perhatiannya, semua itu tidak lain hanyalah merupakan perangkap rayuan. Setelah itu apa yang terjadi?
Kalian berdua sesat berada dalam kenikmatan, kemudian engkau ditinggalkan dan selepas itu selamanya akan merasakan penderitaan akibat kenikmatan itu. Si lelaki akan mencari mangsa lain untuk diterkam kehormatannya, dan engkaulah yang menanggung beban kehamilan. Jiwamu menangis, keningmu tercoreng, hidupmu berkubang dalam kehinaan dan keaiban, masyarakat tidak akan mengampunimu.
Puteriku...
Cita-cita wanita tertinggi adalah perkahwinan. Bagaimana tinggi pun status sosial kejayaan, karier, populariti, prestasinya, namun sesuatu yang paling agung dan sangat diinginkannya adalah menjadi isteri dan ibu yang baik kepada sebuah rumah tangga yang bahagia.
Tidak ada seorang pun lelaki yang mahu menikahi pelacur, sekalipun ia lelaki hidung belang. Apabila akan berumahtangga ia tetap akan memilih wanita yang baik, kerana ia tidak rela suri rumahtangganya dan ibu kepada putera dan puterinya adalah seorang wanita yang tidak baik.
Puteriku..
Puteriku yang beriman dan beragama! Puteriku yang terhormat dan terpelihara, ketahuilah bahawa yang menjadi korban semua ini bukan orang lain terkecuali engkau.
Oleh kerana itu, jangan berikan diri kalian semudah itu. Sesungguhnya kemuliaan yang tercela tidak akan kembali, martabat yang hilang tidak akan dapat ditemui kembali.
Inilah nasihatku padamu, puteriku. Inilah kebenaran. Sedarilah bahawa di tanganmulah kunci pintu perbaikan. Bila diri kalian diperbaiki, dengan demikian umat pun akan menjadi baik.


Kehormatanmu terletak ditanganmu. Keruntuhan akhlakmu juga ditanganmu

. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ya Allah, ampunkanlah bagiku apa yang aku kerjakan, apa yang aku sembunyikan dan apa yang aku nyatakan, apa yang tidak sengajaku lakukan dan apa yang Engkau lebih mengetahui daripadaku. Engkaulah yang terawal dan Engkaulah yang terakhir, tiada Tuhan selain Engkau. Ya Allah, aku pohon lindungan daripada azab api neraka dan azab kubur dan fitnah kehidupan dan kematian dan fitnah al-Masih al-Dajjal. Ya Allah, aku pohon perlindungan daripada dosa, dan hutang. ya Allah, aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar dan tidaklah dapat mengampunkan aku melainkan Engkau, maka ampunilah aku dengan keampunan daripadaMu dan rahmatilah aku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

sahabatku..


persahabatan itu bukan terletak pada pertemuan..
bukan juga pada manis ucapan di bibir tapi pada ingatan seseorang dalam doanya...

tak perlu mencari teman secantik BALQIS..
andai diri tak sehebat SULAIMAN..
mengapa mengharap teman setampan YUSUF..
jika kasih tak setulus ZULAIKHA..
tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM..
andai diri tak sekuat HAJAR..
mengapa didamba teman hidup sempurna MUHAMMAD..
andai diri tak sehebat KHADIJAH..


jika ada kekurangan khabarkan padaku..bimbinglah diriku..terimalah kekuranganku itu sebagai keunikan..
dan berdoalah agar kita menjadi sahabat sehingga ke SYURGA "Kemanisan persahabatan akan terpancar daripada manisnya IMAN .
Bukan kerna aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH.
Saling menegur kearah kebaikan kerana tak mahu berpisah di hari PEMBALASAN"





Thank You Myspace Comments

Powered by Blogger.