Photobucket

Live from makkah al-mukarramah.

Syak wasangka... dan...


Manusia hari ini suka bersangka-sangka


Ada sangkaan BAIK.. dan ada sangkaan BURUK..
  •  Orang beribadah disangka riak
  • Orang yang “relax” disangka malas
  • Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
  • Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud
  • Orang makan banyak disangka pelahap
  • Orang makan sikit disangka “diet”
  • Orang baik disangka buruk
  • Orang buruk disangka baik
  • Orang senyum disangka mengejek
  • Orang masam disangka merajuk
  • Orang bermuzakarah disangka mengumpat
  • Orang diam disangka menyendiri
  • Orang menawan disangka pakai susuk
  • Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu..
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu..
Yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu..
Yang masam itu kerana mengenangkan dosa-dosanya
Mana tahu..
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu..
Yang ceria itu kerana cergas fikirannya & sentiasa mengingati Allah

Oleh itu jauhilah sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah sesama manusia seperti musnahnya kayu dimakan api. Satu perkara yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung kepada bagaimana kita melihatnya... Wallahu a’alam.

Usah lupa firman Allah Taala..
Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah dari kebanyakan dari syak wasangka, sesungguhnya sebahagian daripada syak wasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hujurat 48: 12)

. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ya Allah, ampunkanlah bagiku apa yang aku kerjakan, apa yang aku sembunyikan dan apa yang aku nyatakan, apa yang tidak sengajaku lakukan dan apa yang Engkau lebih mengetahui daripadaku. Engkaulah yang terawal dan Engkaulah yang terakhir, tiada Tuhan selain Engkau. Ya Allah, aku pohon lindungan daripada azab api neraka dan azab kubur dan fitnah kehidupan dan kematian dan fitnah al-Masih al-Dajjal. Ya Allah, aku pohon perlindungan daripada dosa, dan hutang. ya Allah, aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar dan tidaklah dapat mengampunkan aku melainkan Engkau, maka ampunilah aku dengan keampunan daripadaMu dan rahmatilah aku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

sahabatku..


persahabatan itu bukan terletak pada pertemuan..
bukan juga pada manis ucapan di bibir tapi pada ingatan seseorang dalam doanya...

tak perlu mencari teman secantik BALQIS..
andai diri tak sehebat SULAIMAN..
mengapa mengharap teman setampan YUSUF..
jika kasih tak setulus ZULAIKHA..
tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM..
andai diri tak sekuat HAJAR..
mengapa didamba teman hidup sempurna MUHAMMAD..
andai diri tak sehebat KHADIJAH..


jika ada kekurangan khabarkan padaku..bimbinglah diriku..terimalah kekuranganku itu sebagai keunikan..
dan berdoalah agar kita menjadi sahabat sehingga ke SYURGA "Kemanisan persahabatan akan terpancar daripada manisnya IMAN .
Bukan kerna aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH.
Saling menegur kearah kebaikan kerana tak mahu berpisah di hari PEMBALASAN"





Thank You Myspace Comments

Powered by Blogger.